Speaking My Mind – Mencari Perpaduan Sesama

Pertamanya, kita tidak tahu dimanakah kesudahannya hasrat ini. Walaupun begitu, kita lontarkan sahaja ia dikesempatan ini dengan harapan sekiranya didapati baik, ceduklah ia dan panjangkanlah ia. Sekiranya tidak, tinggalkanlah sahaja….

1.  Sudah sekian lama kita hidup bersengketa disebabkan fahaman politik yang berbeza. Kelihatannya, kita lebih suka memilih untuk bersengketa kerana mahu menegakkan fahaman dan pendirian masing-masing tanpa mengambil kira saranan Al Quran dan Hadith Nabi SAW menyeru umatnya bersatu diatas tali Yang Maha Kuasa.

2.  Apapun yang menjadi pendirian kita, adakah betul dan bijak untuk ia dijadikan sebab untuk kita terus bersengketa sehingga tidak nampak kesudahannya..? Adakah kita masih ingin mengungkit kisah lama sebagai alasan untuk tidak bersama..? Dimanakah jalan tengahnya..? Adakah kita benar-benar berusaha mencarinya..?

3.  Bila menghampiri setiap pilihanraya, isu Hudud akan timbul semula. Gegak gempita bumi Malaysia ini keseluhurannya. Kita mungkin boleh berbeza jika ianya melibatkan hal ehwal kita sebagai manusia didunia tetapi adakah kita tidak dapat bersama dalam hal suruh agama kita..? Kita boleh memilih angin sangkakala dan sindiran berbisa untuk menghentam lawan disebelah sana dalam menegakkan pendirian dan kepentingan kita, akan tetapi kita juga boleh memilih untuk mencari angin yang sepoi-sepoi bahasa dan kata-kata yang melunakkan jiwa.

4.  Walaupun isu Hudud ini nampaknya menjadi punca sengketa sekian lama, tetapi kita juga boleh melihat ianya sebagai peluang untuk merapatkan jurang perbezaan diantara kita.

5.  Apa kata jika UMNO dan PAS bersatu dalam hal Hudud ini..

6.  Kita menyarankan agar UMNO dan PAS mesti senada dalam menangani isu Hudud ini. UMNO dan PAS tidak perlu bersatu didalam satu parti sekiranya ia menjadi susah dan mengundang perbahasan yang panjang. Cukup sekadar bersatu didalam hal mencari titik permuafakatan mengenai syariat Allah SWT ini sahaja. Tetapi sekiranya kita dapat bersatu dibawah satu panji, alangkah moleknya.

7.  Biarkan sekejap DAP/MCA/GERAKAN yang berperasangka hudud itu kuno atau zalim dengan prasangka mereka. Biarkan juga sekiranya mereka menggertak kita untuk keluar Pakatan dan Barisan, keluar sungguh kali ini, sekiranya itulah yang mereka mahukan. Biarkan kali ini kita pula tunjuk ketegasan kita !

8.  Tidakkah mereka tahu bahawa Hudud ini bukan boleh dilaksanakan serta merta dengan sembrono sahaja..? Tidak kah mereka tahu bahawa Hudud ini perlu kepada perbincangan lagi..? Tidak kah mereka tahu bahawa kita juga sudi mendengar pandangan mereka..? Tidakkah mereka mahu berlaku adil dengan memberi peluang untuk mendengar dan memahami dahulu falsafah hukum Hudud itu..? atau sekiranya mahu dilaksanakan, adakah mereka pasti bahawa hukuman hudud tersebut akan dipaksakan keatas mereka untuk menerimanya..? Dalam banyak ketidak pastian itu, mereka telah berjaya menunjukkan ketegasan mereka keatas kita… “Over My Dead Body” katanya.

9.  Yang nyata, telah sekian lama kita berbudi dan berbahasa kepada mereka. Adakah ini balasan dan terima kasih yang sepatutnya kita terima..? Tidak kah sudah sampai masa nya kita pula tunjuk ketegasan kita..? Ketegasan kita penting untuk kita menang dalam perang saraf ini dan kita boleh menang dengan syarat kita bersama. Hudud ini hal kita dan suruh agama kita. Kenapa mereka pula yang nak lebih-lebih terasa..?

10.  Mereka ini bijak berstrategi dan pandai meminta serta menggertak kena pada masanya. Kita pula terlalu berlembut, bertolak ansur lalu tunduk sahaja kepada kehendak mereka akhirnya. Kepentingan puak mereka sahaja yang akan untung dihujung cerita. Manakala, kepentingan mereka yang sedia ada, usahlah kita cuba-cuba usik kerana begitu pantas kita akan dicela. Tiada ketegasan pada kita umat Islam inilah yang membuatkan mereka menjadi semakin berani sedemikian rupa. Terhakis sedikit demi sedikit kepentingan kita dek kelicikan mereka menari gendang politik ditambah pula dengan persengketaan dan perpecahan sesama kita. Insaflah, segelintir puak Ultra-Kiasu yang berada ditampuk kuasa itu sebenarnya boleh bersatu dalam senyap, baik DAP, MCA dan GERAKAN, dan sesekali tidak akan jumpa noktah kepada nafsu serakah mereka walaupun sebahagian dunia dan seisinya menjadi milik mereka.

11.  Aliran dan corak ini amat berbahaya jika dibiar berterusan. Ditambah pula dengan pemikiran serta jati diri generasi baru dan mendatang umat Islam ini yang semakin longgar pegangan agama dan adab resam budaya serta semakin jauh daripada sejarah silamnya. Sesuatu harus dilakukan oleh kita hari ini sebagai benteng persediaan untuk anak cucu kita dimasa hadapan kelak.

12.  Perkara yang menjadi keutamaan disini adalah keduanya mesti berjumpa dahulu kepada suatu titik pertemuan. Langkah pertama yang boleh diambil adalah mewujudkan suatu platform melibatkan para ulama dan ilmuan daripada UMNO dan PAS serta saudara kita diluar negara untuk berbincang mengenai Hudud.

13.  Segala persoalan mengenai Hudud perlu dihalusi dan dibincangkan didalam platform tersebut dengan mengambil kira keadaan semasa. Suruhanjaya DiRaja dibawah payung DYMM serta Majlis Raja-Raja adalah platform yang terbaik bagi membentuk permuafakatan ini. Sekiranya ahli-ahli permuafakatan bercanggah pandangan, persembahkan ia kepada DYMM serta Majlis Raja-Raja untuk membuat keputusan muktamad kerana mereka adalah Ketua Agama dan kita semua kena patuh dan taat setia apa-apa yang diputuskan oleh Baginda. Sekiranya disiplin ini tidak diwujudkan, kita khuatir, permuafakatan yang hendak diusahakan itu akan menjadi sia-sia belaka kerana akan mengundang perdebatan yang panjang berjela sehingga membawa kepada persengketaan baru pula. Selepas daripada itu, isu Hudud ini akan berterusan menjadi duri dalam daging kepada perpaduan yang kita semua idam-idamkan.

14.  Selain daripada itu, usahlah kita tergesa-gesa untuk melaksanakannya. Banyak faktor dan pertimbangan perlu diambil kira dimana ianya perlu diperhalusi dan wajib disepakati bersama. Persoalan seperti:

  • Adakah Hudud wajib dilaksana didalam Negara yang mempunyai masyarakat majmuk berbilang agama..?
  • Adakah Hudud wajib dilaksana dengan persekitaran sosial, ekonomi dan politik sedia ada sekarang ini..?
  • Adakah Hudud boleh dilaksana keatas orang Islam sahaja dan tidak kepada yang bukan Islam..?
  • Sekiranya hendak dilaksanakan, adakah rakyat terutama yang beragama Islam telah memahaminya dengan ilmu dan bersedia menerimanya..?
  • Sekiranya hendak dilaksanakan, adakah prasarana dan infrastruktur telah tersedia dengan baik..?
  • Sekiranya hendak dilaksanakan, bilakah masa dan ketika yang sesuai untuk ianya dilaksana..?

15.  Bincangkanlah persoalan diatas sedalam dalamnya, dalam wadah ilmu dan permuafakatan berasaskan ilmu. Muafakatlah dalam mengeluarkan Ijtidah baru bersandarkan Al-Quran dan Hadith. Setelah sesuatu perkara disepakati, sebarkanlah ia kepada rakyat secara berperingkat dan dari masa kesemasa. Libatkan rakyat didalam proses perbincangan Hudud tersebut bagi merungkai segala persoalan didalam akal dan hati mereka. Tidak secara langsung rakyat ditarbiyah dan mendapat ilmu serta kefahaman daripada sumber muafakat yang sama disamping sebagai persediaan mental buat mereka. Tidaklah nanti rakyat marhaen dibawah ini berhujjah tanpa ilmu dikedai kopi dimana pihak disini menganggap dirinya seolah ulama muktabar dan disatu pihak lain disana menjadi proffesor serba tahu lagaknya.

16.  Kita sebagai rakyat telah memberikan mandat kepada ahli-ahli didalam permuafakatan tersebut dan DYMM sebagai Ketua Agama. Tugas dan tanggungjawab kita hanyalah patuh dan taat sahaja apa-apa yang diputuskan nanti tanpa banyak soal bicara. Biarkanlah mereka sahaja yang akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT kelak.

17.  Sekiranya ada golongan yang menentang cadangan ini, kita boleh andaikan bahawa mereka ini adalah daripada golongan yang terlalu awal mengambil sikap prejudis serta masih kurang kefahamannya atau mempunyai agenda kepentingan peribadi dan politik atau mempunyai kebencian dan ketaksuban melampau kepada pemimpin ataupun tidak perihatin kepada nasib anak cucu dikemudian hari.

18.  Marilah kita sama-sama melupakan persengketaan lalu. Sampai bilakah kita mahu hidup bersengketa hanya disebabkan perbezaan fahaman, pendekatan ataupun ideologi yang menjadi anutan kita. Insaflah, bahawa kita sudah sampai ke satu tahap berpecah yang mana kita sudah tidak boleh dan mampu berpecah lagi. Keadaan ketika ini amat runcing dan menuntut kita bersatu demi kelangsungan masa depan anak cucu kita sendiri sebagai Umat Islam dan Bangsa Melayu di Negara ini.. Bak kata pepatah orang tua, ‘Buangkanlah yang keruh dan ambillah yang jernih’. Renungkanlah juga kata-kata Malcolm X @ El-Hajj Malik El-Shabazz ini sebagai iktibar dalam konteks kita dinegara ini…

“There can be no black-white unity until there’s first some black unity. We cannot think of uniting with others until we have first learned to unite amongst ourselves. We cannot think of being acceptable to others until we have first proven acceptable to ourselves”

Insyaallah, kita tak perlu bersengketa lagi dan yakinlah dengan sebenar-benar keyakinan bahawa Allah SWT akan membantu kita semua kerana kita semua berusaha membantu agama DIA dan siapa lagi yang lebih tahu apa yang terbaik untuk manusia kalau tidak Sang Pencipta manusia itu sendiri. Wallahualam.

Ikhlas,
6 May 2013

About nadim25

I am a Muslim. My religion is Islam
This entry was posted in Speaking my mind. Bookmark the permalink.

Leave a comment