Speaking My Mind – Mencari Perpaduan Sesama

Pertamanya, kita tidak tahu dimanakah kesudahannya hasrat ini. Walaupun begitu, kita lontarkan sahaja ia dikesempatan ini dengan harapan sekiranya didapati baik, ceduklah ia dan panjangkanlah ia. Sekiranya tidak, tinggalkanlah sahaja….

1.  Sudah sekian lama kita hidup bersengketa disebabkan fahaman politik yang berbeza. Kelihatannya, kita lebih suka memilih untuk bersengketa kerana mahu menegakkan fahaman dan pendirian masing-masing tanpa mengambil kira saranan Al Quran dan Hadith Nabi SAW menyeru umatnya bersatu diatas tali Yang Maha Kuasa.

2.  Apapun yang menjadi pendirian kita, adakah betul dan bijak untuk ia dijadikan sebab untuk kita terus bersengketa sehingga tidak nampak kesudahannya..? Adakah kita masih ingin mengungkit kisah lama sebagai alasan untuk tidak bersama..? Dimanakah jalan tengahnya..? Adakah kita benar-benar berusaha mencarinya..?

3.  Bila menghampiri setiap pilihanraya, isu Hudud akan timbul semula. Gegak gempita bumi Malaysia ini keseluhurannya. Kita mungkin boleh berbeza jika ianya melibatkan hal ehwal kita sebagai manusia didunia tetapi adakah kita tidak dapat bersama dalam hal suruh agama kita..? Kita boleh memilih angin sangkakala dan sindiran berbisa untuk menghentam lawan disebelah sana dalam menegakkan pendirian dan kepentingan kita, akan tetapi kita juga boleh memilih untuk mencari angin yang sepoi-sepoi bahasa dan kata-kata yang melunakkan jiwa.

4.  Walaupun isu Hudud ini nampaknya menjadi punca sengketa sekian lama, tetapi kita juga boleh melihat ianya sebagai peluang untuk merapatkan jurang perbezaan diantara kita.

5.  Apa kata jika UMNO dan PAS bersatu dalam hal Hudud ini..

6.  Kita menyarankan agar UMNO dan PAS mesti senada dalam menangani isu Hudud ini. UMNO dan PAS tidak perlu bersatu didalam satu parti sekiranya ia menjadi susah dan mengundang perbahasan yang panjang. Cukup sekadar bersatu didalam hal mencari titik permuafakatan mengenai syariat Allah SWT ini sahaja. Tetapi sekiranya kita dapat bersatu dibawah satu panji, alangkah moleknya.

7.  Biarkan sekejap DAP/MCA/GERAKAN yang berperasangka hudud itu kuno atau zalim dengan prasangka mereka. Biarkan juga sekiranya mereka menggertak kita untuk keluar Pakatan dan Barisan, keluar sungguh kali ini, sekiranya itulah yang mereka mahukan. Biarkan kali ini kita pula tunjuk ketegasan kita !

8.  Tidakkah mereka tahu bahawa Hudud ini bukan boleh dilaksanakan serta merta dengan sembrono sahaja..? Tidak kah mereka tahu bahawa Hudud ini perlu kepada perbincangan lagi..? Tidak kah mereka tahu bahawa kita juga sudi mendengar pandangan mereka..? Tidakkah mereka mahu berlaku adil dengan memberi peluang untuk mendengar dan memahami dahulu falsafah hukum Hudud itu..? atau sekiranya mahu dilaksanakan, adakah mereka pasti bahawa hukuman hudud tersebut akan dipaksakan keatas mereka untuk menerimanya..? Dalam banyak ketidak pastian itu, mereka telah berjaya menunjukkan ketegasan mereka keatas kita… “Over My Dead Body” katanya.

9.  Yang nyata, telah sekian lama kita berbudi dan berbahasa kepada mereka. Adakah ini balasan dan terima kasih yang sepatutnya kita terima..? Tidak kah sudah sampai masa nya kita pula tunjuk ketegasan kita..? Ketegasan kita penting untuk kita menang dalam perang saraf ini dan kita boleh menang dengan syarat kita bersama. Hudud ini hal kita dan suruh agama kita. Kenapa mereka pula yang nak lebih-lebih terasa..?

10.  Mereka ini bijak berstrategi dan pandai meminta serta menggertak kena pada masanya. Kita pula terlalu berlembut, bertolak ansur lalu tunduk sahaja kepada kehendak mereka akhirnya. Kepentingan puak mereka sahaja yang akan untung dihujung cerita. Manakala, kepentingan mereka yang sedia ada, usahlah kita cuba-cuba usik kerana begitu pantas kita akan dicela. Tiada ketegasan pada kita umat Islam inilah yang membuatkan mereka menjadi semakin berani sedemikian rupa. Terhakis sedikit demi sedikit kepentingan kita dek kelicikan mereka menari gendang politik ditambah pula dengan persengketaan dan perpecahan sesama kita. Insaflah, segelintir puak Ultra-Kiasu yang berada ditampuk kuasa itu sebenarnya boleh bersatu dalam senyap, baik DAP, MCA dan GERAKAN, dan sesekali tidak akan jumpa noktah kepada nafsu serakah mereka walaupun sebahagian dunia dan seisinya menjadi milik mereka.

11.  Aliran dan corak ini amat berbahaya jika dibiar berterusan. Ditambah pula dengan pemikiran serta jati diri generasi baru dan mendatang umat Islam ini yang semakin longgar pegangan agama dan adab resam budaya serta semakin jauh daripada sejarah silamnya. Sesuatu harus dilakukan oleh kita hari ini sebagai benteng persediaan untuk anak cucu kita dimasa hadapan kelak.

12.  Perkara yang menjadi keutamaan disini adalah keduanya mesti berjumpa dahulu kepada suatu titik pertemuan. Langkah pertama yang boleh diambil adalah mewujudkan suatu platform melibatkan para ulama dan ilmuan daripada UMNO dan PAS serta saudara kita diluar negara untuk berbincang mengenai Hudud.

13.  Segala persoalan mengenai Hudud perlu dihalusi dan dibincangkan didalam platform tersebut dengan mengambil kira keadaan semasa. Suruhanjaya DiRaja dibawah payung DYMM serta Majlis Raja-Raja adalah platform yang terbaik bagi membentuk permuafakatan ini. Sekiranya ahli-ahli permuafakatan bercanggah pandangan, persembahkan ia kepada DYMM serta Majlis Raja-Raja untuk membuat keputusan muktamad kerana mereka adalah Ketua Agama dan kita semua kena patuh dan taat setia apa-apa yang diputuskan oleh Baginda. Sekiranya disiplin ini tidak diwujudkan, kita khuatir, permuafakatan yang hendak diusahakan itu akan menjadi sia-sia belaka kerana akan mengundang perdebatan yang panjang berjela sehingga membawa kepada persengketaan baru pula. Selepas daripada itu, isu Hudud ini akan berterusan menjadi duri dalam daging kepada perpaduan yang kita semua idam-idamkan.

14.  Selain daripada itu, usahlah kita tergesa-gesa untuk melaksanakannya. Banyak faktor dan pertimbangan perlu diambil kira dimana ianya perlu diperhalusi dan wajib disepakati bersama. Persoalan seperti:

  • Adakah Hudud wajib dilaksana didalam Negara yang mempunyai masyarakat majmuk berbilang agama..?
  • Adakah Hudud wajib dilaksana dengan persekitaran sosial, ekonomi dan politik sedia ada sekarang ini..?
  • Adakah Hudud boleh dilaksana keatas orang Islam sahaja dan tidak kepada yang bukan Islam..?
  • Sekiranya hendak dilaksanakan, adakah rakyat terutama yang beragama Islam telah memahaminya dengan ilmu dan bersedia menerimanya..?
  • Sekiranya hendak dilaksanakan, adakah prasarana dan infrastruktur telah tersedia dengan baik..?
  • Sekiranya hendak dilaksanakan, bilakah masa dan ketika yang sesuai untuk ianya dilaksana..?

15.  Bincangkanlah persoalan diatas sedalam dalamnya, dalam wadah ilmu dan permuafakatan berasaskan ilmu. Muafakatlah dalam mengeluarkan Ijtidah baru bersandarkan Al-Quran dan Hadith. Setelah sesuatu perkara disepakati, sebarkanlah ia kepada rakyat secara berperingkat dan dari masa kesemasa. Libatkan rakyat didalam proses perbincangan Hudud tersebut bagi merungkai segala persoalan didalam akal dan hati mereka. Tidak secara langsung rakyat ditarbiyah dan mendapat ilmu serta kefahaman daripada sumber muafakat yang sama disamping sebagai persediaan mental buat mereka. Tidaklah nanti rakyat marhaen dibawah ini berhujjah tanpa ilmu dikedai kopi dimana pihak disini menganggap dirinya seolah ulama muktabar dan disatu pihak lain disana menjadi proffesor serba tahu lagaknya.

16.  Kita sebagai rakyat telah memberikan mandat kepada ahli-ahli didalam permuafakatan tersebut dan DYMM sebagai Ketua Agama. Tugas dan tanggungjawab kita hanyalah patuh dan taat sahaja apa-apa yang diputuskan nanti tanpa banyak soal bicara. Biarkanlah mereka sahaja yang akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT kelak.

17.  Sekiranya ada golongan yang menentang cadangan ini, kita boleh andaikan bahawa mereka ini adalah daripada golongan yang terlalu awal mengambil sikap prejudis serta masih kurang kefahamannya atau mempunyai agenda kepentingan peribadi dan politik atau mempunyai kebencian dan ketaksuban melampau kepada pemimpin ataupun tidak perihatin kepada nasib anak cucu dikemudian hari.

18.  Marilah kita sama-sama melupakan persengketaan lalu. Sampai bilakah kita mahu hidup bersengketa hanya disebabkan perbezaan fahaman, pendekatan ataupun ideologi yang menjadi anutan kita. Insaflah, bahawa kita sudah sampai ke satu tahap berpecah yang mana kita sudah tidak boleh dan mampu berpecah lagi. Keadaan ketika ini amat runcing dan menuntut kita bersatu demi kelangsungan masa depan anak cucu kita sendiri sebagai Umat Islam dan Bangsa Melayu di Negara ini.. Bak kata pepatah orang tua, ‘Buangkanlah yang keruh dan ambillah yang jernih’. Renungkanlah juga kata-kata Malcolm X @ El-Hajj Malik El-Shabazz ini sebagai iktibar dalam konteks kita dinegara ini…

“There can be no black-white unity until there’s first some black unity. We cannot think of uniting with others until we have first learned to unite amongst ourselves. We cannot think of being acceptable to others until we have first proven acceptable to ourselves”

Insyaallah, kita tak perlu bersengketa lagi dan yakinlah dengan sebenar-benar keyakinan bahawa Allah SWT akan membantu kita semua kerana kita semua berusaha membantu agama DIA dan siapa lagi yang lebih tahu apa yang terbaik untuk manusia kalau tidak Sang Pencipta manusia itu sendiri. Wallahualam.

Ikhlas,
6 May 2013

Posted in Speaking my mind | Leave a comment

Speaking My Mind 2 – Judi dan Penyelesaian Kreatif

Pada 26 September 2011 yang lalu, YAB Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk disalurkan kepada sekolah-sekolah vernakular dan mubaligh melalui sumber dana yang diperolehi daripada aktiviti perjudian. Difahamkan, peruntukkan tersebut akan berterusan setiap tahun dan akan diagihkan secara adil oleh suatu Lembaga Pemegang Amanah melalui perbincangan dengan pihak MCA, GERAKAN, MIC dan NGO yang akan terlibat. Langkah tersebut dilihat sebagai “penyelesaian kreatif” dalam melengkapkan usaha kerajaan memastikan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua disamping mengendurkan rasa tidak puas hati di kalangan komuniti Cina dan India.

Kita sudah sedia maklum bahawa hak keistimewaan bumiputera seringkali dipersoal dan diasak daripada dahulu hingga kini. Ianya diasak begitu sekali sehingga ada kalangan bumiputera sendiri yang cenderung bersetuju dan senada dengan mereka yang mendesak terutama kepada mereka yang telah berjaya dan generasi baru yang tidak memahami susur galur sejarah silamnya. Atas asakan tersebut, kita pun mengambil sikap bertolak ansur dan berlembut hingga sedikit demi sedikit kepentingan kita terhakis.

Cadangan tersebut dikemukakan berkemungkinan disebabkan oleh desakan pemimpin bukan bumiputera didalam kerajaan selain daripada percaturan politik pihak kerajaan yang memerintah. Persoalan pokok yang perlu difikirkan bersama adalah, adakah kita sudah benar-benar bersedia untuk menari di pentas yang sama dengan mereka? Sekiranya mereka mahukan kesaksamaan, pastikan mereka membuang identiti SJK(C) mereka dan yakinkan Singapura untuk mengiktiraf RM1 bersamaan nilai 1 Singapore Dollar. Sekiranya itu dilakukan, masa itu barulah kita juga akan bersedia untuk membuang segala hak keistimewaan kita. Harus diingat bahawa kesaksamaan itu tidak semestinya membawa kepada keadilan.

Walau bagaimanapun, persoalan yang lebih utama untuk kita ketengahkan adalah siapakah antara penyumbang yang akan menyumbang kepada keuntungan perjudian yang diperolehi untuk dana itu nanti? Kita amat yakin bahawa akan ada dikalangan orang Islam dan Melayu itu sendiri yang akan menjadi penyumbangnya. Mereka ini adalah penagih judi yang bergelumang dengan aktiviti perjudian tersebut. Ramai dikalangan mereka ini tanpa segan silu keluar masuk kedai judi antaranya Magnum 4D, Sports Toto Malaysia dan Da Ma Cai-Pan Malaysian Pools serta lapangan lumba kuda di Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur. Papantanda peringatan yang terpampang megah dipintu masuk kedai judi tersebut langsung tidak diambil endah oleh penagih judi yang sangat ketagih berjudi manakala dipihak kedai judi pula langsung tidak menunjukkan rasa hormat kepada peruntukan undang-undang sedia ada. Amaran dan peringatan dipapantanda tersebut akhirnya berfungsi sebagai perhiasan semata-mata dan tidak membawa kesan atau makna apa-apa.

Fenomena ini seharusnya tidak harus wujud dan perlu diberi perhatian serius serta ditangani dengan sewajarnya. Penguatkuasaan yang mantap dengan strategi yang berkesan perlu dilaksanakan dan sekiranya perlu, penggubalan undang-undang juga harus kita fikirkan. Bila kita bercakap mengenai penguatkuasan, satu perkara yang kita harus akui dengan jujur ialah langkah penguatkuasaan kita adalah bermusim dan keazaman kita pula hanyalah sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Seringkali juga kita mendengar faktor kekurangan tenaga penguatkuasa dijadikan alasan membela kepincangan yang ada.

Untuk itu, kita juga mahu mengutarakan suatu penyelesaian kreatif bagi menghapuskan sama sekali penglibatan umat Islam dan Melayu didalam kegiatan perjudian dimana kita sudah sedia maklum bahawa ramai dikalangan saudara kita bergelumang dengannya. Lebih teruk lagi, ada dikalangan mereka ini terjerumus pula kepada amalan syirik dan khurafat dengan menggunakan khidmat bomoh untuk melakukan aktiviti menurun nombor ekor. Parah jadinya umat Islam dan Melayu sekiranya hal ini dibiarkan berterusan dan bolehkah sumber umat Islam dan Melayu sebegini digunakan untuk membangunkan Agama, Bangsa dan Negara?

Apa kata… suatu undang-undang diwartakan dimana menjadi suatu kesalahan untuk orang Islam dan Melayu menerima hadiah kemenangan hasil judi tersebut. Syarikat judi pula diwajibkan untuk mewartakan senarai nama pemenang dan nombor kad pengenalan mereka didalam web dan massa serta memanjangkan senarai tersebut kepada Majlis Agama Islam Negeri bagi tujuan pemantauan berterusan dalam memastikan tiada nama orang Islam dan Melayu yang terlibat.

Bagi menjamin keberkesanan cadangan peraturan diatas, wartakan juga peraturan supaya syarikat judi mencetak nama dan nombor kad pengenalan penagih judi pada tiket judi mereka. Dewasa ini, transaksi urusniaga berlaku dengan amat mudah dan pantas iaitu kurang daripada 30 saat untuk suatu transaksi berlaku. Oleh yang demikian, maka ramailah orang Islam dan Melayu ini dengan mudah dapat melepaskan ketagihan judi mereka.

Dalam pada itu, kita perlu menjangka bahawa akan ada dikalangan yang akan mempersoalkan sekiranya peraturan ini hendak dilaksanakan. Perlu ditegaskan bahawa tidak ada sebab bagi orang Islam dan bukan Islam serta pimpinan mereka baik dipihak kerajaan mahupun pembangkang menentang cadangan peraturan ini melainkan pihak syarikat judi tersebut. Syarikat judi ini akan menentang hanya disebabkan dua faktor utama iaitu, perolehan mereka akan terjejas disebabkan semakin kurang penglibatan orang Islam dan Melayu yang berjudi serta penambahan kos peningkatkan sistem dan pengiklanan. Alasan syarikat judi ini boleh kita abaikan sahaja tetapi kita perlu juga memikirkan hujjah alasan lain dengan memberi justifikasi yang bijaksana. Antaranya, pihak kerajaan mahu memastikan bahawa penjudi bukan Islam dan bukan Melayu ini dijamin untuk memperolehi wang kemenangan mereka. Tidaklah pula sekiranya disebabkan tiket judi hilang ataupun sebab kematian maka mereka serta waris dinafikan hak untuk membuat tuntutan.

Oleh yang demikian, kita mencadangkan pihak kerajaan agar model penyelesaian kreatif membenteras aktiviti judi dikalangan orang Islam dan Melayu ini diberi perhatian sewajarnya. Penyelesaian kreatif ini tidak meminta pihak kerajaan memperuntukkan dana tambahan untuk aktiviti pemantauan seperti menambah bilangan penguatkuasa ataupun mengadakan CCTV disetiap dikedai judi. Memadai sekadar dua peruntukkan undang-undang baru ini diperkenalkan. Ianya langsung tidak menambah beban kewangan kerajaan dan memberi risiko politik. Walau bagaimanapun ianya memberi hasil yang sangat berkesan dan sudah tentu usaha dalam menegakkan syiar Islam serta ‘amal maaruf dan nahi mungkar’ ini akan mendapat sokongan ramai dan keberkatan daripada Allah SWT dalam usaha untuk mencapai objektif sifar judi dikalangan orang Islam dan Melayu di Negara ini.  Wallahualam.

Ikhlas,

25 Oktober 2011

Posted in Speaking my mind | Leave a comment

My First Child

Today, Monday 24 October 2011/27 Zulkaedah 1432 at 9 p.m. was a memorable moment for me and my wife as our first child was born. We decided to call him Muhammad Naill, means the Acquirer or Earner.

However, he was born very much earlier than expected. With only 980 grams, he have to fight for his life in the incubator with many wires wired into his body. I do believe no mother in this world can bear this unbearable scene.

My only hope and pray is for him to continue fighting for his life and fight it well. I also hope and pray for Allah The Al-Mighty, to grant Muhammad Naill every strength and every will that he needs to acquire and to earn his life. Hopefully the name suit’s him well.

Father

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Perjuangan Yang Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
Dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan
                                                                                                                          
Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
 
Biarkan bertatih
Asalkan langkah itu yakin dan cermat
Bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara
Air mata sengsara
Mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
 
Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
Kerana makmur dan mewahnya
Bangsaku masih melata
Dan meminta-minta di negaranya sendiri
 
Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara
 
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
 
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang
Bukankah bangsaku pernah mengharung Samudera
Menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian.
Di manakah silapnya?
Sehingga bangsa ku berasa kecil dan rendah diri
Apakah angkara penjajah lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam membina empayar
 
Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
Kerana hanya bangsa yang berjaya
Akan sentiasa dihormati
 
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
Tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
Buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
 
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.
 
 
Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)
Posted in Words of wisdom | Leave a comment

The search for unity

My Dear Brothers and Sisters,

More than 30 years ago when I was a student on a campus like this one, our Islamic Association was actively trying to promote a union of all Muslim groups in South Africa. Nelson Mandela was still in prison, and that country was still in the iron grip of a racist Apartheid regime. The call then was the same as today, if only we had Unity!

Today, whenever we Muslims discuss our problems, we touch on many things: the situation in Palestine, Kosovo, Iraq, Algeria, Kashmir; the weakness of our Muslim governments, the arrogance of the West, the scheming of the Zionists. Whatever the topic of the day, the one issue we never miss, implicitly or explicitly, is the lack of Muslim Unity. In the past year I had the good fortune of visiting India, Morocco, Canada and South Africa. I found that Muslims everywhere still share this same common concern. If only we had Unity!

The Ummah today numbers about 1 billion followers. Islam is considered to be the world’s fastest growing religion. Muslims are the majority in a swathe of countries from Morocco to Indonesia, and from Turkey to Sudan. Our Muslim lands cover a strategic area of the world’s oil and mineral resources, as well as its major trade routes. There are significant Muslim minorities in most countries, and there is hardly a place on this planet where Islam does not have a presence. We have no shortage of numbers. Often, our number far exceeds that of other religious minorities like the Jews, and Hindus. But, when you consider our influence on world affairs today, it is very small. Never mind world affairs, our influence on national life in Britain, and even local neighbourhoods, is negligible. At every level, Muslims are aware of this, and we are calling for Unity.

In Sura Al-Maida. [03:] verse 103: “And hold fast all together by the rope which Allah (stretches out for you) and be not divided among yourselves; and remember with gratitude Allah’s favour on you; for you were enemies and He joined your hearts in love so that by His grace you became brethren; and you were on the brink of the pit of fire and He saved you from it. This is how Allah makes his signs clear to you: that you may be guided.”

We Muslims are reasonably well aware of our history. But how much have we learnt from it? This sura reminds us how our beloved Prophet Muhammad [SAW] united the tribes of Arabia, whom the Romans and Persians considered so wild, warlike and backward, that they were unworthy of conquest. He moulded them into a nation of supermen. When we Muslims served Alláh and subdued our vanity, we became masters of the world. We swept over North Africa, across Spain and southern France, and eastwards to China. Then we argued amongst ourselves over who gets what. As soon as we started indulging our vanity and forgetting Alláh, we lost everything. This happened over many centuries. Although our numbers increased, our influence on world affairs declined.

Today we are divided into dozens into nation-states, and within those divisions, we have further divisions of mutually hostile and exclusive groups. Some of these groups don’t even talk to each other, let alone seek common ground. It seems that, per capita, Muslim communities must have more organisations per head of population than in any other religion. Someone once said that if you find two Muslims with a typewriter, you’re probably found another International Islamic Organisation! We have a fragmented and disunited Ummah, an Ummah that seems to be at odds with itself. How can we start to put things right?

In Sura Al-Hujurat, verse 13:O mankind! We created you from a single (pair) of a male and a female and made you into nations and tribes that ye may know each other (not that ye may despise each other). Verily the most honoured of you in the sight of Allah is (he who is) the most righteous of you. And Allah has full knowledge and is well acquainted (with all things)”

The principle of Tauheed, Islam’s essential doctrine of Unity, underpins the great diversity of all created things. Within every species, there is tremendous variety. In nature, differences are a not a sign of weakness, but a celebration of Allah’s creativity, something for us to admire and enjoy, with a sense of wonder and excitement. The variety and diversity we find in the ocean, on land and in the air, are also apparent in our human behaviour. We must not see our human differences as a curse. Rather, it is a blessing. Each and every one of us, has gathered a wealth of experience from different geographical, social and cultural influences. When we all share our experience freely, there is a collective enrichment for everyone.

We must therefore not be impatient with one another. We often hear the complaint that Muslims are not united. But what do we mean by unity?

Do we mean that there should be no differences of opinion? Of course not. Unity does not mean uniformity. We do not have to look the same, speak the same, dress the same, and share each and every opinion unanimously. This is not only unnatural, it’s humanly impossible. Can you imagine it? Life would be so boring!

There are two kinds of unity, which we must try to understand and distinguish clearly:

There is a unity of purpose, and unity of opinion. As Muslims we should always be united in our purpose, that is, seeking to please Alláh, and serving the advancement of Islam. But we must not be distressed by minor differences of opinion. It is humanly impossible to always have unity of opinion. As long as we keep our purpose clearly in view, there can be many opinions as to the best ways of achieving our goal.

By mutual consultation, sharing our knowledge and experience, we can move forward. If we must disagree on some matter, let us remember the right way to disagree.. In a debate, a Muslim’s attitude should always be like this: I think I’m right, but I might be wrong; and I think you’re wrong but you may be right!

If we kept this attitude in all our dealings with one another, no one risks humiliation or hurt feelings in any disagreement. We can debate and disagree in a most agreeable manner, where we always maintain mutual respect and dignity. These are the building blocks of real, lasting Unity.

There is a saying, that the longest journey is from the head to the heart. We know, of course that physically, only a few inches separate the head from the heart, but emotionally and psychologically, it could be many miles, or measured in time, trying to connect head and heart could take months, years, or even forever.

The journey from the head to the heart, is a long and difficult journey. It’s a journey from what we think and say, to what we really believe and do; from the world of thought and speech, to the world of action and commitment. We must shorten that journey, if we want to develop the healthy, well-rounded personality of the ideal Muslim. There is a clear and unmistakable link between our inner world and the world outside. Look at any family or community, and you can read the contents of the head, heart and soul of its members.

Muslim Unity is not some miracle that, one-day will suddenly fall from the sky. Muslim Unity, the unity of the whole Ummah, will be the reward for much effort, and the culmination of a long process that begins with individual Muslims, and I mean you, and me. We must start that process. We must seek to unite our own mind, body and spirit. We must not say one thing, and do the opposite. Our goal must be, a Unity of thought and feeling, word and action.

Alláh most Gracious reminds us in Sura Ar-Ra’d [013]: verse 11: “Verily never will Allah change the condition of a people until they change what is within themselves.”

In other words, what is within their hearts and souls. Our illustrious Prophet Muhammad [SAW] was the most perfect of examples. Even his enemies acknowledged that he was always honest, truthful and sincere. There was no contradiction between his head and his heart. His thoughts, feelings, words and actions were of the same substance. There was never even the slightest trace of arrogance, hypocrisy, vanity or conceit in his personality. This was the role model of personal character, on which the Unity of the first Muslim Ummah was based. We need it today as well.

Sura Al-Anbiyyaah [21]:verse 92, and Sura al Mu’minoon, [23]:verse 52: Verily this Brotherhood of yours is a single Brotherhood and I am your Lord and Cherisher: therefore serve Me (and no other).

This brotherhood of Muslims will only be as strong as we individual Muslims are strong. We are taught that the best Jihad…is the Jihad against one’s ego, Jihad al Nafs. We need to tame this beast within our breast, our pride. We must learn to submit our will, our ego, our vanity, to the will of our creator, just like Nabi Muhammad [SAW] taught us. When, and only when, we have made a start on this greatest of journeys, will we earn the pleasure of Alláh. And when we earn Alláh’s pleasure, we find that we can easily tolerate differences of opinion without getting angry or abusive.

We will then, begin to see the the unity of purpose that underpins the wide diversity of Alláh’s creation. We will see the good things that bind us together, without being distracted by the petty things that divide us. By keeping our ego under control, by cleansing our hearts of all vanity and false pride, we actually make room for Alláh’s divine wisdom, which must follow if we are sincere in our quest for knowledge and understanding.

In Hadith Qudsi, Alláh tells us directly: “I am as My servant thinks I am. I am with him when he makes mention of Me. If he makes mention of Me to himself, I make mention of him to Myself; and if he makes mention of Me in an assembly, I make mention of him in an assembly even better than that. And if he takes one step towards me, I take ten steps towards him. And if he comes walking to Me , I go running towards him.”

What a beautiful and graphic description of Alláh’s love and affection towards us! And all He wants, is for us to take that crucial first step! I’m sure that each and every one of us here, would like to be amongst those, towards whom Alláh comes running at speed!

My dear brothers and sisters,

Let us pray to Allah SWT, to help us along this most difficult of all journeys. Our quest for self-discovery and self-renewal. O Alláh, help us to acknowledge our own shortcomings with honesty and humility, isha-Alláh, O Alláh, please plant within our hearts, the desire to improve ourselves. Let this desire for self-improvement grow, and give it expression, so that we can constantly refine our own character. O Alláh, help us to strengthen our families, to uplift our communities and to unite the Ummah. O Alláh, please strengthen our resolve, our Imán, give us courage and patience to endure hardship and overcome evil. O Alláh, help us to build a strong foundation for Islam in this country. And may we, as your ambassadors of Islam, become excellent role models for our children, and for those who have not yet received your message.

Ameen.

By: Arshad Gamiet, Royal Holloway University of London

Posted in Words of others | Leave a comment

Why should there be disagreement amongst this ummah?

It is reported that in a conversation with ‘Abdullaah Ibn ‘Abbaas, ‘Umar Ibn Al-Khattaab asked him:

“Why should there be disagreement amongst this ummah, all of whom follow the same Prophet (SAW) and pray in the direction of the same Qiblah?”

To this, ibn ‘Abbaas replied: “O leader of the believers, the Qur’an was sent down to us, we read it and we know the circumstances in which it was revealed. But there may be people after us who will read the Qur’an without knowing the occasions of its revelation. Thus they will form their own opinion, which might lead to conflict and even bloodshed among them.”

‘Umar disagreed with Ibn ‘Abbaas for saying so at first, but, when Ibn ‘Abbaas departed, ‘Umar pondered over what he had said. He then sent for Ibn ‘Abbaas to tell him that he agreed with his view.

[Principles Of Islamic jurisprudence, p. 54] Ibn ‘Abbaas was referring to certain misinterpretations that could arise due to ignorance of the reasons for the revelation of certain aayahs (Asbaab Al-Nuzool).

As a side note: It is good to derive certain beneficial points from this narration.

1.     Here we see that after the initial disagreement between two of the Companions of the Messenger of Allah, ‘Umar sent for Ibn ‘Abbaas to inform him that he agreed with his view, this shows his concern for unity in all aspects, not just outward, but also to kill off any internal feelings of disunity.

2.     We see ‘Umar ibn Al-Khattaab, a senior, the leader of the believers, the head of a state, asking a question to someone far less in age than him. And there is no shame in asking questions to one lesser in age than you, provided they have baseerah (insight and knowledge). And this shows ‘Umar’s humbleness.

3.     The importance of the science of knowledge (i.e, asbaab al-nuzool).

4.     That knowledge comes about by asking questions. As the scholars have stated that ‘a shy student and arrogant student go nowhere’.

5.     ‘Umar’s great concern for the unity of this ummah.

6.     And lastly, we see from this narration, that no one is infallible in their knowledge.

by The Authentic Base – January 13, 2011

Posted in Words of others | Leave a comment

Speaking My Mind 1 – Mencari Perpaduan Sesama

Pertamanya, saya tidak tahu dimanakah kesudahannya hasrat ini. Walaupun begitu, saya lontarkan sahaja ia dikesempatan ini dengan harapan sekiranya didapati baik, ceduklah ia dan panjangkanlah ia. Sekiranya tidak, tinggalkanlah sahaja. Berikut adalah pemerhatian dan pandangan saya:

Sudah sekian lama kita hidup bersengketa disebabkan fahaman politik yang berbeza. Kelihatannya, kita lebih suka memilih untuk bersengketa kerana mahu menegakkan fahaman dan pendirian masing-masing tanpa mengambil kira saranan Al Quran dan Hadith Nabi SAW menyeru umatnya bersatu diatas tali Yang Maha Kuasa. Apapun yang menjadi pendirian kita, adakah betul dan bijak untuk ia dijadikan sebab untuk kita terus bersengketa sehingga tidak nampak kesudahannya? Adakah kita masih ingin mengungkit kisah lama sebagai alasan untuk tidak bersama? Dimanakah jalan tengahnya? Adakah kita benar-benar berusaha mencarinya?

Dewasa ini, isu Hudud timbul semula. Gegak gempita bumi Malaysia ini keseluhurannya. Kita mungkin boleh berbeza jika ianya melibatkan hal ehwal kita sebagai manusia didunia tetapi adakah kita tidak dapat bersama dalam hal suruh agama kita? Kita boleh memilih angin sangkakala dan sindiran berbisa untuk menghentam lawan disebelah sana dalam menegakkan pendirian dan kepentingan kita, akan tetapi kita juga boleh memilih untuk mencari angin yang sepoi-sepoi bahasa dan kata-kata yang melunakkan jiwa.

Walaupun isu Hudud ini nampaknya seakan menyerlahkan keretakkan sedia ada, tetapi kita juga boleh melihat ianya sebagai peluang untuk merapatkan jurang perbezaan diantara kita. Apa kata jika UMNO dan PAS bersatu dalam hal Hudud ini? Biarkan sahaja DAP dan MCA yang menggertak kita untuk keluar Pakatan dan Barisan, keluar sungguh kali ini, sekiranya itulah yang mereka mahukan. Mereka ini bijak berstrategi dan pandai meminta serta menggertak kena pada masanya. Kita pula terlalu berlembut, bertolak ansur lalu tunduk sahaja kepada kehendak mereka akhirnya. Kepentingan puak mereka sahaja yang akan untung dihujung cerita.Manakala, kepentingan mereka yang sedia ada, usahlah kita cuba-cuba usik kerana begitu pantas kita akan dicela. Tiada ketegasan pada kita umat Islam inilah yang membuatkan mereka menjadi semakin berani sedemikian rupa. Terhakis sedikit demi sedikit kepentingan kita dek kelicikan mereka menari gendang politik ditambah pula dengan persengketaan dan perpecahan sesama kita. Insaflah, segelintir puak Ultra-Kiasu yang berada ditampuk kuasa itu sebenarnya boleh bersatu dalam senyap, baik DAP, MCA dan GERAKAN, dan sesekali tidak akan jumpa noktah kepada nafsu serakah mereka walaupun sebahagian dunia dan seisinya menjadi milik mereka.

Aliran dan corak ini amat berbahaya jika dibiar berterusan. Ditambah pula dengan pemikiran serta jati diri generasi baru dan mendatang umat Islam ini yang semakin longgar pegangan agama dan adab resam budaya serta semakin jauh daripada sejarah silamnya. Sesuatu harus dilakukan oleh kita hari ini sebagai benteng persediaan untuk anak cucu kita dimasa hadapan kelak. Untuk itu, apa kata jika sekali ini kita gertak balik mereka tanpa menyentuh hal ehwal dan hak asasi serta kepercayaan agama mereka. Kita tunjuk ketegasan dan perpaduan kita tanpa berkata apa-apa kepada mereka. Hudud ini hal kita dan suruh agama kita, kenapa mereka pula yang nak terasa? Kita tunggu sahaja dan lihat apa yang mereka nak kata pula. Benarkah mereka berani bertindak seperti yang dikata?

Kita menyarankan agar UMNO dan PAS mesti senada dalam menangani isu Hudud ini. UMNO dan PAS tidak perlu bersatu didalam satu parti sekiranya ia menjadi susah dan mengundang perbahasan yang panjang. Cukup sekadar bersatu didalam hal menegakkan syariat Allah SWT ini sahaja. Tetapi sekiranya kita dapat bersatu dibawah satu panji, alangkah moleknya.

Perkara yang menjadi keutamaan disini adalah keduanya mesti berjumpa dahulu kepada suatu titik pertemuan. Langkah pertama yang boleh diambil adalah mewujudkan suatu platform melibatkan para ulama dan ilmuan daripada UMNO dan PAS serta saudara kita diluar negara untuk berbincang mengenai Hudud. Segala persoalan mengenai Hudud perlu dihalusi dan dibincangkan didalam platform tersebut dengan mengambil kira keadaan semasa. Suruhanjaya DiRaja dibawah payung DYMM serta Majlis Raja-Raja adalah platform yang terbaik bagi membentuk permuafakatan ini. Sekiranya ahli-ahli permuafakatan bercanggah pandangan, persembahkan ia kepada DYMM serta Majlis Raja-Raja untuk membuat keputusan muktamad kerana mereka adalah Ketua Agama dan kita semua kena patuh dan taat setia apa-apa yang diputuskan oleh Baginda. Sekiranya disiplin ini tidak diwujudkan, kita khuatir, permuafakatan yang hendak diusahakan itu akan menjadi sia-sia belaka kerana akan mengundang perdebatan yang panjang berjela sehingga membawa kepada persengketaan baru pula. Selepas daripada itu, isu Hudud ini akan berterusan menjadi duri dalam daging kepada perpaduan yang kita semua idam-idamkan.

Setelah sesuatu perkara disepakati, sebarkanlah ia kepada rakyat secara berperingkat dan dari masa kesemasa. Libatkan rakyat didalam proses perbincangan Hudud tersebut bagi merungkai segala persoalan didalam akal dan hati mereka. Tidak secara langsung rakyat ditarbiyah dan mendapat ilmu serta kefahaman daripada sumber muafakat yang sama disamping sebagai persediaan mental buat mereka. Tidaklah nanti rakyat marhaen dibawah ini berhujjah tanpa ilmu dikedai kopi dimana pihak disini menganggap dirinya seolah ulama muktabar dan disatu pihak lain disana menjadi proffesor serba tahu lagaknya.

Kita sebagai rakyat telah memberikan mandat kepada ahli-ahli didalam permuafakatan tersebut dan DYMM sebagai Ketua Agama. Tugas dan tanggungjawab kita hanyalah patuh dan taat sahaja apa-apa yang diputuskan nanti tanpa banyak soal bicara. Biarkanlah mereka sahaja yang akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT kelak. Kepada rakan yang bukan Islam pula, kita percaya mereka akan sedar keindahan hukum Allah SWT tersebut memainkan peranannya nanti. Bukalah ruang dan berilah peluang untuk diri kita dan mereka yang menentang untuk mendapat kefahaman. Siapa lagi yang lebih tahu apa yang terbaik untuk manusia kalau tidak Sang Pencipta manusia itu sendiri.

Kedua belah pihak telah menyatakan sesuatu yang amat baik sebagai permulaan. Kita perlu sambut dan mengambil isi serta roh kenyataan yang telah dibuat tanpa prejudis dan menterjemahkannya didalam bentuk gerak kerja yang komprehensif. Sekiranya ada golongan yang menentang cadangan ini, kita boleh anggap bahawa mereka ini adalah golongan yang masih kurang kefahamannya atau mempunyai agenda kepentingan peribadi dan politik ataupun tidak perihatin kepada nasib anak cucu dikemudian hari.

Marilah kita sama-sama melupakan persengketaan lalu. Sampai bilakah kita mahu hidup bersengketa. Bak kata pepatah orang tua, ‘Buangkanlah yang keruh dan ambillah yang jernih’. Renungkanlah juga kata-kata Malcolm X @ El-Hajj Malik El-Shabazz ini sebagai iktibar…

There can be no black-white unity until there’s first some black unity. We cannot think of uniting with others until we have first learned to unite amongst ourselves. We cannot think of being acceptable to others until we have first proven acceptable to ourselves

Insyaallah, kita tak perlu bersengketa lagi dan yakinlah dengan sebenar-benar keyakinan bahawa Allah SWT akan membantu kita semua kerana kita semua berusaha membantu agama DIA. Wallahualam.

Ikhlas,

Nadim

25 September 2011

Posted in Speaking my mind | 2 Comments